Keperluan Untuk Mendapatkan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
Majikan yang berhasrat untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di Sarawak perlu mendapatkan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
Penalti
Majikan yang gagal memperolehi lesen berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau tidak melebihi satu tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 130L, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
Permohonan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
Majikan dikehendaki memohon dan memperolehi Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin daripada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak. Kategori pekerja bukan pemastautin yang dilindungi di bawah Seksyen 2 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) ialah pekerja yang telah memasuki kontrak perkhidmatan.
Majikan perlu mendapatkan Surat Pengesahan Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak dan Job Sarawak melalui job.sarawak.gov.my terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kecuali Permohonan Lesen Pembaharuan bagi jawatan seperti berikut:
(Permohonan Pembaharuan untuk kedua-dua jawatan ini boleh terus dikemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan tempat pekerjaan.)
Majikan juga perlu memastikan bahawa gaji yang ditawarkan kepada pekerja bukan pemastautin yang dipohon setara dengan jawatan dan tidak kurang dari kadar gaji minima yang sedang berkuatkuasa. Disamping itu, pekerja yang dipohon hendaklah memiliki kelayakan atau pengalaman yang tidak kurang daripada kriteria yang ditetapkan dalam iklan jawatan kosong. Selain itu majikan perlu mematuhi peruntukan undang-undang perburuhan yang sedang berkuatkuasa.
Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam talian melalui Sarawakian & Non- Sarawakian Online Labour System di pautan sansols.sarawak.gov.my.
Majikan perlu memohon Surat Kelulusan Secara Dasar (Letter of Approval in Principle) (AP) terlebih dahulu sebelum permohonan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin dapat dipertimbangkan. AP merupakan suatu Surat Kelulusan Secara Dasar yang menetapkan bilangan pekerja mengikut jawatan dan negara sumber yang dibenarkan untuk dibawa masuk bekerja di Sarawak.
Sila berhubung dengan Ibu Pejabat JTK Sarawak atau Pejabat Bahagian yang terdekat dengan tempat pekerjaan.
Jika anda ada sebarang pertanyaan klik DI SINI.