Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggannya seperti berikut:-

1. ADUAN BURUH

Aduan Buruh akan disiasat dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan diterima.

2. TUNTUTAN BURUH

Tuntutan Buruh akan didengar / dibicarakan dan diberikan perintah dalam tempoh 90 hari dari tarikh tuntutan diterima.

3. LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN

Lesen Baharu di bawah AP dan Gantian akan dikeluarkan dalam tempoh 8 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. 

 

Mengeluarkan keputusan bagi permohonan Lesen Pembaharuan dalam tempoh 6 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

4. PERMIT PERBURUHAN

Semua permohonan akan diberikan keputusan dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

5. PERMOHONAN LESEN AGENSI PEKERJAAN SWASTA

Semua permohonan akan diberikan keputusan dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

6. ADUAN AWAM

Maklumbalas berkaitan aduan awam akan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content