Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) memberi kuasa kepada Pengarah untuk menyelesaikan pertikaian di antara pekerja dan majikan berkaitan pembayaran gaji dan bayaran tunai yang lain melalui sebuah Tribunal yang dikenali sebagai Mahkamah Buruh. Pegawai-pegawai yang diberi kuasa akan mendengar dan memutuskan pertikaian antara pekerja dengan majikan.
Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan serta mengemukakan dokumen-dokumen / maklumat-maklumat penting:-
Jenis Tuntutan | Seksyen | Pekerja |
(a) Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan, sebarang peruntukan di bawah akta/kaedah-kaedah buruh. | Seksyen 8A Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) | Pekerja di bawah Jadual Pertama |
(b) Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah seksyen 14(1). Kes hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan majikan disampaikan kepada pekerja. | Seksyen 8A Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) | Pekerja di bawah Jadual Pertama |
(c) Sebarang bentuk tuntutan diskriminasi dalam pekerjaan yang berbangkit daripada layanan berbeza yang diberikan oleh majikan terhadap pekerjanya | Seksyen 19A Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) | Pekerja di bawah Jadual Pertama |
Jenis Tuntutan | Seksyen | Pekerja |
Gaji ganti notis bagi pekerja di mana kontrak perkhidmatan itu ditamatkan tanpa notis, atau jika notis itu diberi, tanpa menunggu notis itu berakhir | Seksyen 8A Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) | Pekerja di bawah Jadual Pertama |
Sila berhubung dengan Ibu Pejabat JTK Sarawak atau Pejabat Bahagian yang terdekat dengan tempat pekerjaan.
Jika anda ada sebarang pertanyaan klik DI SINI.
Sila klik SINI untuk semak status aduan buruh yang telah dibuat.