OBJEKTIF
• Memelihara hak dan tahap kebajikan warga pekerja serta memajukan kepentingan pihak majikan dengan saranan pematuhan standard undang-undang perburuhan.;
• Menggalakkan suasana perburuhan yang kondusif di antara warga pekerja dan pihak majikan bagi menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi negara.;
• Memperkasakan sistem pengurusan perburuhan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan; dan
• Memampankan daya saing sektor ekonomi dan masyarakat industri untuk menghadapi cabaran masa hadapan dan era teknologi terbaru.