Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera  dan Salam Malaysia Madani.

 

Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.


JTK Sarawak sentiasa bergerak seiring dengan perubahan organisasi agar terus kekal relevan selaras dengan dasar kualiti JTK Sarawak untuk memberi perkhidmatan cemerlang yang memenuhi keperluan-keperluan pelanggan dan sentiasa membuat penambahbaikan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

Menyedari akan kepentingan portal ini sebagai wadah untuk JTK Sarawak mendekatkan diri dengan masyarakat, pelbagai info berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JTK Sarawak dipaparkan. Selain itu, orang awam juga boleh melayari dan mendapatkan maklumat berkaitan hal ehwal perburuhan di Sarawak selain melihat gambar dan video yang memaparkan pelbagai aktiviti terkini jabatan, melalui platform media dan galeri yang disediakan dalam portal ini.

 

JTK Sarawak berharap agar segala maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam memperoleh maklumat terkini yang dipaparkan dari semasa ke semasa berkaitan peranan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dalam menguatkuasakan undang-undang perburuhan negara.

Maklumat dalam portal ini telah disusun atur dan dikategorikan dalam tiga (3) kategori utama mengikut peranan, fungsi dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan iaitu:

Pengunjung dapat menerokai maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh JTK Sarawak seperti berikut:

 

Pemberitahuan Tempat Pekerjaan Baharu
Urusan Pemberhentian Pekerja
Permohonan Permit Perburuhan
Permohonan Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin
Permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta
Aduan Perburuhan
Tuntutan dan Aduan Kes Buruh
Pemeriksaan Berkanun
Nasihat Perburuhan

 

Maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 juga boleh diperolehi di portal rasmi jabatan ini.

 

Perkongsian info secara maya ini diharap dapat membantu melengkapkan pengetahuan berkaitan perihal perburuhan kepada masyarakat umum khususnya di Sarawak. Melalui kaedah ini juga diharapkan agar hasrat murni kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dapat memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

 

Portal rasmi ini sentiasa dikemaskini bagi menyalurkan maklumat selaras dengan perkembangan terkini. Jabatan ini juga amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pengunjung portal ini dalam kita sama-sama mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan daripada kami untuk semua.

Sekian, terima kasih.

 

AWANG RADUAN BIN AWANG OMAR

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

 

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content