Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map

Aduan Buruh

Aduan buruh ialah rasa ketidakpuasan yang disuarakan oleh pekerja terhadap majikan berhubung isu pekerjaan atau kontrak perkhidmatannya.

Bagaimana Memfailkan Aduan Buruh

Aduan boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti berikut :

  1. Secara bertulis atau mengisi borang Aduan Pekerja dan mengemukakannya ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran tempat kerja melalui pos, fax atau emel.
  2. Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran tempat kerja.
  3. Telefon Pejabat Tenaga Kerja berhampiran tempat kerja.
  4. Melalui aplikasi Working For Workers (WFW). Berikut Panduan untuk muat turun, buat aduan & lihat status aduan melalui aplikasi WFW.
Pihak Yang Boleh Membuat Aduan Buruh

Aduan boleh diterima daripada pelbagai sumber antaranya daripada pekerja sendiri, orang awam dan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain.

Prosedur Pengendalian Aduan Buruh

Maklumat Yang Diperlukan Untuk membuat aduan
  1. Nama, alamat dan no. telefon pihak yang diadu
  2. Nama, alamat dan no. telefon pengadu
  3. Isu-isu aduan
  4. Dokumen sokongan berkaitan (sekiranya ada):-

 

i. Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
ii. Slip Gaji
iii. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan aduan

Contoh-contoh perkara yang diadu

1.  Di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76);

  • Majikan lewat membayar gaji pekerja;
  • Potongan gaji yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang; dan
  • Gaji cuti umum tidak dibayar.

2. Lain-lain

  • Gaji pokok yang kurang daripada Perintah Gaji Minimum 2022.
  • Membersarakan pekerja sebelum umur 60 tahun (Akta Umur Persaraan Minimum 2012)
  • Agensi Pekerjaan Swasta yang beroperasi tanpa lesen [Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017]
Borang Aduan / Dokumen Berkaitan

Bil.

Tajuk Borang

Keterangan Borang

Muat Turun Borang

1.

Aduan Buruh

Borang yang digunakan untuk merekod aduan buruh.

Muat Turun

Hubungi Kami

Sila berhubung dengan Ibu Pejabat JTK Sarawak atau Pejabat Bahagian yang terdekat dengan tempat pekerjaan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan klik DI SINI.

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content