Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merupakan salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini mula beroperasi pada 26 Julai 1960 dengan kekuatan anggota seramai enam (6) orang. Bilangan anggota setakat Januari 2023 adalah seramai 290 orang pegawai dan kakitangan. Daripada jumlah tersebut seramai 136 adalah penguatkuasa jawatan Skim Sosial (S) dari Gred S19 hingga S54 dan seorang JUSA C. Selebihnya ialah jawatan gunasama. Dengan jumlah anggota tersebut, Jabatan ini memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan terbaik.

 

Sebelum penubuhan Malaysia, fungsi Jabatan ini dilaksanakan oleh Pejabat Residen dan Daerah. Selepas 16 September 1963, fungsi berkenaan diambil alih oleh Kementerian Buruh pada ketika itu sebelum ditukar nama kepada Kementerian Sumber Manusia. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ketika itu juga dikenali sebagai Jabatan Buruh Sarawak. Mulai 29 November 2002, Jabatan ini telah mengambil alih peranan Jabatan Tenaga Rakyat di Sarawak. Jabatan Buruh Sarawak ditukar nama kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak pada tahun 2003.

 

Di bawah Inter-Governmental Committee (IGC) Report 1962, Pesuruhjaya Buruh Sarawak yang kini digelar Pengarah Tenaga Kerja Sarawak bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia melalui Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dalam semua aspek penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang perburuhan di Sarawak.

 

Pada 25 Januari 2010, Pusat JobsMalaysia (JMC) di Kuching dan JobsMalaysia Point (JMP) di semua Pejabat Tenaga Kerja di Sarawak diwujudkan dan bertindak sebagai pusat sehenti (one stop centre) bagi perkhidmatan pekerjaan. Fungsi utamanya adalah untuk membantu menempatkan pencari kerja tempatan melalui platform portal JobsMalaysia.

 

Pada 18 Julai 2013, apabila Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar ditubuhkan di Jalan Bukit Mata, Kuching, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah membuka pejabat kecil sebagai Pusat JobsMalaysia (JMC) sebelum ditutup sepenuhnya pada September 2020. Ini adalah disebabkan fungsi perkhidmatan pekerjaan di Jabatan telah diambil alih oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Portal JobsMalaysia telah digantikan dengan portal MyFutureJob di bawah seliaan sepenuhnya oleh PERKESO.

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak beribu pejabat di Kuching dan mempunyai 16 buah Pejabat Tenaga Kerja yang beroperasi di Sarawak. Tarikh penubuhan Pejabat Tenaga Kerja berkenaan adalah seperti berikut:


Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content