Kami warga Jabatan Tenaga Kerja Sarawak komited untuk memberi perkhidmatan cemerlang yang memenuhi keperluan-keperluan pelanggan dan sentiasa membuat penambahbaikan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan.
Moto
Untuk memastikan perkhidmatan Jabatan sentiasa cemerlang, pegawai dan kakitangan sentiasa diminta menggunakan minda yang kreatif semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Falsafah
Falsafah perkhidmatan Jabatan Tenaga Kerja menjelaskan peranan Jabatan Tenaga Kerja sebagai orang tengah di antara pekerja dan majikan bagi mengekalkan keharmonian perusahaan. Melalui falsafah ini, Jabatan Tenaga Kerja berkeyakinan tanggungjawab pekerja dan majikan akan terlaksana sementara hak pekerja dan majikan terpelihara.