Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map
Pemeriksaan Berkanun

Lawatan atau pemeriksaan ke tempat pekerjaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para majikan mematuhi peruntukan undang-undang perburuhan. Majikan hendaklah menyedia dan menyimpan daftar pekerja di tempat pekerjaan termasuklah butir-butir peribadi pekerja, terma dan syarat penggajian, butir-butir upah dan elaun, daftar cuti bersalin dan elaun, rekod cuti tahunan, cuti sakit, rekod kehadiran, jadual kerja, notis hari rehat, senarai cuti umum yang diberikan dan sebagainya.

Prosedur Pemeriksaan Berkanun

Borang / Senarai Semak / Dokumen Berkaitan
Bil.

Tajuk Borang

Keterangan Borang

Muat Turun Borang

1.Butir-butir PeribadiContoh format daftar peribadi dan maklumat yang perlu disedia dan disimpan oleh majikan.

Muat Turun

2.Butir-butir Terma dan Syarat PenggajianContoh format daftar terma dan syarat penggajian dan maklumat yang perlu disedia dan disimpan oleh majikan. Sesalinan dokumen ini juga perlu diberikan kepada para pekerja.

Muat Turun

3.Butir-butir Upah dan ElaunContoh format daftar upah dan elaun dan maklumat yang perlu disediakan di dalam penyata gaji dan disimpan oleh majikan. Sesalinan penyata gaji yang mengandungi maklumat lengkap butir-butir upah dan elaun hendaklah diberikan kepada setiap pekerja pada setiap tempoh upah.
4.Daftar Elaun dan Cuti BersalinFormat khas yang perlu digunapakai oleh majikan jika terdapat pekerja  wanita yang bersalin dan layak mendapat elaun bersalin.

Muat Turun

Hubungi Kami

Sila berhubung dengan Ibu Pejabat JTK Sarawak atau Pejabat Bahagian yang terdekat dengan tempat pekerjaan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan klik DI SINI.

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content