Pelbagai inisiatif diambil atasi masalah akibat pandemik Oleh Yap Siong Han KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah memperuntukkan seban-yak RM6 juta bagi pakej rangsangan ekonomi kepada Jabatan Pemban-gunan Sumber Manusia (JPSM).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dana berkenaan adalah khusus untuk membantu golon-gan muda yang diberhen-tikan dan mereka yang kehilangan sumber pen-dapatan susulan penularan pandemik COVID-19.
“Pakej itu adalah antara inisiatif yang diambil kerajaan negeri dalam belanjawan pada tahun ini untuk menangani cabaran yang belum pernah terjadi akibat pandemik itu.
“Pandemik ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran dalam ekonomi tetapi juga masalah sosial, kesihatan dan pelbagai masalah lain, terutama yang mempengaruhi pembangunan belia serta modal insan,” katanya sempena Persidangan M4M yang diadakan secara atas talian di sini, semalam.
Beliau berkata, dalam usaha mengukuhkan pembangunan modal insan dan menghasilkan gen-erasi yang kompeten dan berdaya tahan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM22.96 juta dalam Belanjawan Negeri 2021 untuk melaksanakan kursus dan latihan kema-hiran dalam teknologi, teknikal dan perdagangan.
“Kerajaan juga memperuntukkan RM55 juta untuk biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam kursus berkaitan kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Voka-sional (TVET) hingga ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Di peringkat Perse-kutuan katanya, kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat termasuk Pelan Jana Se-mula Ekonomi Negara atau PENJANA berjum-lah RM35 bilion.
Hajiji berkata, antara inisiatif PENJANA termasuk Program Subsidi Upah untuk mempromosikan pengekalan pekerja dan mengurangkan pemberhentian pekerja; Pengambilan dan Latihan Bantuan untuk Per-niagaan bagi mendorong pengambilan pekerja dengan memberikan insentif kewangan kepada majikan dan Program pemahiran semula dan peningkatan kemahiran yang bertujuan mening-katkan kebolehkerjaan.
Dalam ucapan khas-nya dipersidangan maya ‘Bridging the Skills Gap’ yang dianjurkan oleh MyProdigy Malaysia pada Minds for Malaysia (M4M)pada Sabtu.
Hajiji berkata pengang-guran belia di Malaysia telah menjadi kebimban-gan terutamanya di Sabah yang mana sebahagian besar belia terdiri daripa-da separuh kategori mahir dan berkemahiran rendah.
“Seperti kebanyakan dunia, Malaysia harus menghadapi cabaran dalam mendidik dan menggunakan belia yang seharusnya menjadi individu yang produktif untuk dapat menyumbang kepada pembangunan sebuah negara.
“Sekiranya pengang-guran belia tetap tinggi dan berpanjangan, ke-san negatif untuk jangka panjang akan berlaku terhadap keluarga dan masyarakat serta akan merosakkan negara,” katanya.
Oleh kerana pasaran pekerjaan menjadi lebih selektif dan berdaya sa-ing, Hajiji berkata golongan muda terutama graduan baharu haruslah dinamik dan proaktif dalam menggabungkan pelbagai kemahiran dalam pengalaman mereka.
“Kembangkan kemahiran anda, tingkatkan kemahiran diri dan kebolehpasaran anda. Saya juga berasa gem-bira mengetahui bahawa persidangan ini juga akan menangani kepentin-gan kecerdasan emosi, memupuk kreativiti dan pemikiran kritis, kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehkerjaan,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri gembira dapat bekerjasama dengan MyProdigy Malaysia untuk memastikan kelancaran persidangan maya ini HAJIJI untuk kepentingan pelaja dan graduan, terutama belia Sabah.
“Saya percaya bahawa peserta akan menda-pat manfaat daripada perkongsian pengalaman dalam persidangan ini ketika mereka bersiap un tuk menceburkan diri di tempat kerja,” katanya..