PEMERIKSAAN AP BAGI SYARIKAT-SYARIKAT YANG MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN PEKERJA ASING DI MUKAH
Task Force JTK Sarawak berada di Mukah untuk pemeriksaan AP bagi syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan pekerja asing serta pembukaan kertas siasatan ke atas majikan yang telah melanggar mana-mana peruntukkan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). Task Force ini telah diketuai oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Tn Awang Raduan bin Awang Omar bersama 10 orang Pegawai dari ibu pejabat serta 3 orang Pegawai dari Pejabat Tenaga Kerja Sibu.