Carian:
SOALAN LAZIM / FAQ
2.1 Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal;
2.2 Menghadkan kerja lebih masa;
2.3 Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am;
2.4 Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran;
2.5 Mengurangkan waktu bekerja harian;
2.6 Mengadakan program latihan semula kepada pekerja;
2.7 Mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama;
2.8 Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat berapa lama tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan; dan
2.9 Mengurangkan gaji pekerja (Pay-Cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat boleh juga dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan.
Langkah-langkah di butiran 2.7, 2.8 dan 2.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
3.1 Memaklum dan mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka dengan secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan;
3.2 Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang sebaik mungkin;
3.3 Membayar pampasan atau faedah penamatan kerja kepada pekerja yang layak;
3.4 Membersarakan pekerja-pekerja yang berumur lebih dari umur persaraan biasa;
3.5 Memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam kontrak perkhidmatan. Jika tiada peruntukan mengenainya di dalam kontrak perkhidmatan tersebut, majikan hendaklah memberi notis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Kerja 1955 berikut;
a) 4 minggu notis jika pekerja telah bekerjaselama kurang daripada 2 tahun;
b) 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
c) 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.
3.6 Membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dibuat dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sarawak di bawah Kementerian Sumber Manusia;
3.7 Melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat-peringkat dalam tempoh yang lebih panjang;
3.8 Melaksanakan prinsip ‘FWFO’ (Foreign Worker - First Out) dalam kategori pekerjaan yang sama dalam memberhentikan pekerja, iaitu pekerja asing diberhentikan terlebih dahulu daripada pekerja tempatan; dan
3.9 Melaksanakan prinsip ‘LIFO’ (Last – In – First – Out) jika pemberhentian melibatkan pekerja tempatan dan dalam kategori pekerjaan yang sama. Walau bagaimanapun, majikan juga boleh melaksanakan pemberhentian pekerja berdasarkan kriteria-kriteria tertentu setelah berunding dan mendapat persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
4.1.1 Pemberhentian Pekerja (Rentrenchment);
4.1.2 Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation);
4.1.3 Pemberhentian Kerja Sementara (Lay-Off); atau
4.1.4 Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).
4.2 Borang Pemberhentian ini boleh diperoleh secara percuma dari mana-mana Pejabat Tenaga Kerja di seluruh Semenanjung Malaysia atau boleh dimaut turun dari bahagian Akta & Borang
4.3 Borang Pemberhentian ini telah diwartakan sebagai P.U.(B)205 bertarikh 26 Jun 2009 dan kepada mana-mana majikan yang gagal mematuhi perkara ini
adalah melakukan satu kesalahan mengikut seksyen 2(2) Pemberitahuan (Pemberhentian) Kerja 2009, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan.
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja adalah layak kepada faedah-faedah penamatan kerja yang paling minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) atau Perjanjian Bersama.
5.1 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:
5.1.1 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:
5.1.2 Gaji ganti notis
Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji gantirugi notis (Indemniti). Gaji gantirugi notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.
5.1.3 Faedah penamatan kerja
Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara) 2008 iaitu:-
a) 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun;
b) 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.
Formula yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, iaitu :
Gaji 12 bulan | x | Tempoh Perkhidmatan | x | (Bilangan tempoh berkhidmat) |
Kelayakan 365 hari | (10/15/20 hari setahun) |
5.1.4 Pekerja berhak mendapat butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat.
Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.
5.1.5 Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.
5.1.6 Baki Gaji
5.1.6 Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
5.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
5.2.1 Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara tersebut ;
i) Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama;atau
ii) Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya
5.2.2 Bagi pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) atau Perjanjian
Bersama,mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima.
5.2.3 Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.
i. Laporkan cadangan atau tindakan Pemberhentian yang akan atau telah diambil oleh majikan mereka kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.
ii. Mendaftarkan diri di Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sama ada secara hadir sendiri dengan membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja iaitu www.jobsmalaysia.gov.my.
iii. Pastikan bayaran pampasan atau faedah penamatan kerja telah diterima (sekiranya layak).
iv. Laporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sekiranya telah memperolehi pekerjaan baru.
- Pembayaran pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan akibat kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan.
- Pembayaran pampasan kepada orang tanggungan pekerja apabila pekerja meninggal dunia akibat dari kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan.
Kemalangan pekerjaan atau bencana pekerjaan bermaksud sesuatu kemalangan yang menimpa seseorang pekerja semasa sedang dalam masa bekerja termasuk keadaan dimana seseorang pekerja sedang dalam perjalanan ketempat pekerjaan dan dari tempat pekerjaan setelah selesai bertugas untuk pulang ketempat kediamannya.
Tafsiran ‘workmen’ menurut Akta Pampasan Pekerja 1952 ialah “mana-mana orang samada sebelum atau selepas berkuatkuasanya Akta ini yang telah terikat dengan satu kontrak pekerjaan atau kontrak perantisan dengan seseorang majikan samada untuk suatu kerja manual atau bukan manual dan samada secara nyata atau tersirat atau secara lisan atau bertulis, samada kadar upah dikira berdasarkan tempoh masa atau kerja yang selesai mengikut harian,mingguan,bulanan atau mana-mana tempoh yang lebih panjang”.
Liabiliti Majikan
- Majikan adalah berliabiliti untuk membayar kepada pekerjanya amaun pampasan yang diperuntukkan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 apabila pekerjanya mengalami kecederaan peribadi akibat daripada kemalangan pekerjaan atau mengidap penyakit khidmat. (s 4(1) dan s 5).
- Majikan adalah tidak berliabiliti untuk membayar pampasan bagi satu kecederaan yang menyebabkan tempoh hilangupaya yang tidak melebihi 4 hari. ( s 4(2)(a) ).
Notis Kemalangan
- Setiap majikan hendaklah memberi notis secara bertulis kepada Pejabat Tenaga Kerja Sarawak yang berhampiran dalam masa 10 hari dari tarikh berlakunya suatu kemalangan.
- Pekerja perlu memberi notis kemalangan kepada majikannya dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan. (s 12(1)).
- Tiada notis kemalangan perlu diberikan kepada majikan bagi kes kemalangan maut. (s 12(2))
Tafsiran pendapatan menurut Akta Pampasan Pekerja ini ialah tambahan kepada pendapatan sebenar seseorang pekerja dalam bentuk tunai termasuk mana-mana faedah atau kelayakan yang boleh dianggarkan dalam nilai wang tidak termasuk :-
- Elaun perjalanan;
- Sebarang kos dan perbelanjaan perjalanan;
- Sebarang Caruman yang dibayar oleh majikan untuk tabung persaraan atau kumpulan wang simpanan;
- Sebarang bayaran yang di bayar kepada pekerja sebagai tuntutan perbelanjaan untuk perlaksanaan tugasan pekerjaannya.
Tafsiran menurut Akta ini, hilang upaya separa sementara bermaksud suatu hilang upaya kerana kecederaan akibat kemalangan pekerjaan yang bersifat sementara tidak secara menyeluruh untuk melakukan pekerjaan sebelum kemalangan yang menyebabkan berlakunya pengurangan dalam pendapatan pekerja berkenaan.
Tafsiran menurut Akta ini, hilang upaya lansung sementara bermaksud suatu hilang upaya kerana kecederaan akibat kemalangan pekerjaan yang bersifat sementara secara menyeluruh untuk melakukan pekerjaan sebelum kemalangan yang menyebabkan berlakunya pengurangan dalam pendapatan pekerja berkenaan.
- Satu kecederaan yang disebabkan secara langsung atas pengaruh arak atau dadah semasa kemalangan kecuali kecederaan tersebut mengakibatkan kematian.
- Satu hilangupaya atau maut yang disebabkan kecederaan diri yang disengajakan atau satu kecederaan kemalangan yang disengajakan.
Jumlah pembayaran maksimum untuk kes hilang upaya kekal ialah RM23,000.00
- Jumlah pembayaran bagi kes maut di dalam waktu kerja ialah 25,000.00
( Kos Urusan Pengkebumian RM 7000.00 + Bayaran Pampasan RM 18000.00)
- Jumlah pembayaran bagi kes maut di luar waktu kerja ialah RM18,000.00
PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING) (INSURANS) 2005 [P.U (A) 45/2005] telah dibatalkan berkuatkuasa 1 Januari 2019 melalui PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING) (INSURANS) (PEMBATALAN) 2018.
Perintah pembatalan ini dikeluarkan selaras dengan PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN PEKERJA-PEKERJA ASING) (PEMBATALAN) 2018 – PEMBATALAN KEPADA PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN PEKERJA-PEKERJA ASING) 1993 [P.U (A) 56/1993 DAN PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN) 2018 – EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (EXEMPTION) NOTIFICATION 2018 yang mana menyatakan bahawa pengecualian SPPA terus terpakai sehingga 31 Disember 2019.
Ini bermakna bahawa pekerja bukan pemastautin di Sarawak yang jatuh di bawah skop Seksyen 119, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) adalah diliputi dibawah akta PERKESO berkenaan.
- Pekerja bergaji sehingga RM2,500 sebulan
- Pekerja ‘manual’ (yang tiada had gaji)
- Dalam keadaan pekerja berhenti dengan memberi notis yang cukup – gaji hendaklah dibayar pada hari beliau berhenti kerja.
- Jika pekerja memberi notis yang tidak cukup tempoh- majikan hendaklah membayar selewat-lewatnya hari ketujuh (7) selepas berakhir tempoh upah
- Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji bulan dikira mengikut formula:
Kadar Upah Bulanan |
- Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji mingguan dikira mengikut formula:
Kadar Upah Mingguan |
Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 menetapkan bahawa kadar gaji minimum yang berkuatkuasa pada 1.1.2019 ialah RM1,100.00 sebulan.
Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi golongan OKU serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh.
SBGP-OKU memberi bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan OKU untuk mengembangkan perniagaan dengan harapan pengembangan perniagaan tersebut boleh mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.
Tidak boleh. Bantuan yang diberikan hanya dalam bentuk
(i) Peralatan & Mesin (bukan bahan mentah / bekalan stok)
(ii) Ubahsuai Premis
(iii) Promosi
- Tanggungjawab pertama majikan adalah memberi notis perkhidmatan yang cukup kepada pekerja yang ingin ditamatkan perkhidmatan.
- Gaji ganti notis jika majikan tidak memberi notis yang mencukupi
- Faedah penamatan kerja bagi pekerja yang genap 12 bulan berturut-turut perkhidmatanya dengan majikan yang sama
- Membayar balik gaji cuti tahunan yang boleh diambil oleh pekerja
- Lain-lain bayaran yang berhak diterima oleh pekerja contoh baki gaji
- Tanggungjawab majikan adalah untuk menghantar balik pekerja ke negara asal atau negeri asal atau tempat asal pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan.
- Kurang dua (2) tahun perkhidmatan 4 minggu notis atau 4 minggu upah ganti notis
- Dua (2) tahun tetapi kurang lima (5) tahun perkhidmatan 6 minggu notis atau 6 minggu upah ganti notis
- Lima(5) tahun perkhidmatan ke atas 8 minggu notis atau 8 minggu upah ganti notis
- Pelanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan.
- Salah laku yang tidak konsisten dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan.
Untuk mendapat cuti dan elaun bersalin pekerja mesti memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu
- Beliau mesti melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya dua puluh lapan (28) minggu kehamilan
- Beliau tidak mempunyai lima (5) atau lebih orang anak yang masih hidup ketika bersalin
- Beliau mesti diambil kerja bila-bila masa dalam tempoh empat (4) minggu sebelum bersalin
- Beliau mesti diambil kerja bagi tempoh yang tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari dalam masa sembilan (9) bulan sebelum bersalin
- Beliau mesti memberitahu majikan dalam tempoh 60 hari sebelum bersalin memaklumkan tarikh yang beliau bercadang untuk memulakan cuti bersalinnya
Jumlah jam bekerja yang dibenarkan untuk sehari ialah
- Tidak melebihi lapan (8) jam sehari
- Tidak melebihi tempoh sepuluh (10) jam satu hari termasuk waktu rehat
Upah bulanan: Jika bekerja kurang dari separuh waktu kerja biasa bayaran bersamaan separuh hari gaji pada kadar upah biasa. jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi waktu kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa.
Upah harian/jam: Bekerja kurang dari separuh waktu kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa. Jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi waktu kerja biasa bayaran bersamaan dua hari upah pada kadar upah biasa
- Kerja pada hari biasa dengan kadar satu setengah (1.5)
Pengiraan
Upah bulanan |
: |
Upah ÷ 26 x 1.5 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
Upah Harian |
: |
Upah ÷ 8 x 1.5 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
- Kerja pada hari cuti rehat mingguan dengan kadar dua (2.0)
Pengiraan
Upah bulanan |
: |
Upah ÷ 26 x 2.0 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
Upah Harian |
: |
Upah ÷ 8 x 2.0 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
- Kerja pada hari cuti kelepasan am dengan kadar tiga (3.0)
Pengiraan
Upah bulanan |
: |
Upah ÷ 26 x 3.0 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
Upah Harian |
: |
Upah ÷ 8 x 3.0 x Jumlah Jam Kerja Lebih Masa |
Sekurang-kurangnya 18 hari cuti yang diwartakan dalam setahun termasuk 4 hari cuti umum iaitu:
- Hari Kebangsaan;
- Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
- Hari Keputeraan Tuan Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
- Hari Pekerja
- Satu tahun atau lebih tetapi kurang daripada dua (2) tahun - 8 hari setahun
- Dua (2) tahun hingga kurang lima (5) tahun – 12 hari setahun
- Lima (5) tahun atau ke atas – 16 hari setahun
- Kurang dua (2) tahun - 14 hari setahun
- Dua (2) tahun hingga kurang lima (5) tahun – 18 hari setahun
- Lima (5) tahun dan ke atas – 22 hari setahun
- Hospitalisasi 60 hari secara agregat
-
Kontrak perkhidmatan ditamatkan atas sebab pekerja telah mencapai umur persaraan
-
Pekerja telah ditamatkan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) selepas siasatan sewajarnya dilakukan
-
Pekerja sendiri telah meletakkan jawatan kecuali di bawah Seksyen 13(2) atau 14 (3) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
-
Pekerja yang kontrak perkhidmatannya diperbaharui atau digajikan semula dengan syarat terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah sama atau lebih baik
-
Kurang dua (2) tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
-
Lebih dua (2) tahun tetapi kurang lima (5) tahun – 15 upah setiap tahun perkhidmatan
-
Lima (5) tahun ke atas berkhidmat - 20 upah setiap tahun perkhidmatan
- Jumlah bayaran pemberhentian sementara tidak boleh kurang daripada berikut:
- Kurang dua tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
- Lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun – 15 hari upah setiap tahun perkhidmatan
- Lima tahun ke atas berkhidmat - 20 upah hari setiap tahun perkhidmatan
- telefon : 082242261
- Faksimili : 082244909
- E-mel: jtknsarawak@mohr.gov.my
Berdasarkan piagam pelanggan Jabatan, aduan perlu disiasat dan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengaduan. Walau bagaimanapun, terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut atas beberapa faktor seperti kompleksiti kes yang meliputi isu perundangan dan teknikal.