Permohonan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

Permohonan Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin Di Bawah Seksyen 119, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

Keperluan Untuk Mendapatkan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
Majikan yang menggaji pekerja bukan pemastautin di Sarawak perlu mendapatkan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Penalti
Majikan yang gagal memperolehi lesen berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 130L, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Permohonan Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
Majikan dikehendaki memohon dan memperolehi Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin daripada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak. Kategori pekerja bukan pemastautin yang dilindungi di bawah seksyen 2 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) ialah pekerja manual dengan tidak mengambil kira kadar gaji dan pekerja bukan manual yang menerima gaji sehingga RM2500.00.

Majikan perlu mendapatkan Surat Pengesahan Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan dari PERKESO Sarawak terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kecuali Permohonan Lesen Pembaharuan bagi jawatan seperti berikut:

  1. Pekerja Am di Sektor Pertanian; dan
  2. Pekerja Mahir di sektor Refleksologi.

(Permohonan Pembaharuan untuk kedua-dua jawatan ini boleh terus dikemukakan ke Jabatan Tenaga Kerja Sarawak)

Majikan juga perlu memastikan bahawa gaji yang ditawarkan kepada pekerja bukan pemastautin yang dipohon setaraf dengan jawatan dan tidak kurang dari kadar gaji minima yang dikuatkuasakan. Disamping itu, pekerja yang dipohon hendaklah memiliki kelayakan atau pengalaman yang tidak kurang daripada yang diiklankan. Selain itu majikan perlu mematuhi peruntukan undang-undang perburuhan yang berkuatkuasa.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam talian melalui Monitoring System of Employment of Non Sarawakian (MSEN) @  www.msen3.sarawak.gov.my.

Terms & ConditionsPrivacy PolicySecurity PolicyCopyright Notice

©2019 All Right Reserved, Department of Labour Sarawak JTKSWK Portal - Best Viewed 1366x 768 Resolution with Google Chrome and Mozilla Firefox 17.0.1
Last Updated On: 18/03/2024