Permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

Agensi Pekerjaan Swasta (APS) bermaksud suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan diberikan lesen di bawah Akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut.

Adalah menjadi kewajipan kepada APS untuk mendapatkan lesen melalui Jabatan Tenaga Kerja Sarawak sebelum menjalankan aktiviti merekrut. Kategori lesen yang perlu dipohon adalah bergantung kepada jenis aktiviti perekrutan yang ingin dijalankan dan butiran bagi setiap kategori lesen adalah seperti jadual berikut:

Bil.

Kategori Lesen

Modal Berbayar

Wang Jaminan

Wang Jaminan untuk menubuhkan cawangan baharu

1

Lesen A –Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam Malaysia

RM 50,000.00

 RM 5,000.00

 RM 5,000.00

2

Lesen B – Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar Malaysia, dan pekhidmatan domestik asing di dalam Malaysia

RM 100,000.00

RM 100,000.00

 RM 30,000.00

3

Lesen C – Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar Malaysia, dan pekerja bukan warganegara di dalam Malaysia

RM 250,000.00

RM 250,000.00

RM 100,000.00



GARIS PANDUAN BERHUBUNG PROSEDUR PERLESENAN DI BAWAH AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA 1981 (AKTA 246) DI SARAWAK
Terms & ConditionsPrivacy PolicySecurity PolicyCopyright Notice

©2019 All Right Reserved, Department of Labour Sarawak JTKSWK Portal - Best Viewed 1366x 768 Resolution with Google Chrome and Mozilla Firefox 17.0.1
Last Updated On: 18/03/2024