Urusan Pemberhentian Pekerja

Jenis-Jenis Pemberhentian Pekerja

Majikan dikehendaki melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan sebelum mana-mana tindakan seperti di bawah dilaksanakan dengan mengemukakan Borang Pemberhentian Pekerja JTKSWK 19 dan Lampiran kepada JTKSWK19;

1. Pemberhentian tetap (Rentrenchment)
  1. Pemberhentian Tetap adalah tindakan penamatan kontrak atau perkhidmatan oleh majikan ke atas pekerja kerana syarikat mengalami masalah kewangan ataupun melakukan penstrukturan semula perniagaan mengakibatkan berlakunya lebihan tenaga kerja.
  2. Pekerja yang diberhentikan akan dibayar faedah penamatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah-faedah Penamatan dan pemberhentian Kerja Sementara) 2008) atau mengikut perjanjian bersama (collective agreement).

Terms & ConditionsPrivacy PolicySecurity PolicyCopyright Notice

©2019 All Right Reserved, Department of Labour Sarawak JTKSWK Portal - Best Viewed 1366x 768 Resolution with Google Chrome and Mozilla Firefox 17.0.1
Last Updated On: 18/03/2024