Sebelum penubuhan Malaysia, fungsi Jabatan ini dilaksanakan oleh Pejabat Residen dan Daerah. Selepas 16 September 1963, fungsi berkenaan diambilalih oleh Kementerian Buruh pada ketika itu yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Manusia. Pada 29 November 2002, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak juga telah mengambilalih peranan Jabatan Tenaga Rakyat di Sarawak dan tidak lama selepas itu Jabatan Buruh Sarawak ditukarkan namanya menjadi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Background

Pada 18 Julai 2013, penubuhan UTC singkatan bagi Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan ia mulai beroperasi pada 17 September 2014. Sejak penubuhannya terdapat 27 buah agensi kerajaan beroperasi secara sepenuhnya di UTC Kuching. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Background
UTC Kuching terletak di Jalan Bukit Mata, Kuching dan waktu operasinya adalah mulai jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam pada hari Isnin hingga hari Ahad kecuali hari cuti umum

Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditempatkan di UTC adalah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Kesemua agensi tersebut berkongsi satu ruang pejabat untuk memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak beribu pejabat di Kuching dan mempunyai 16 buah Pejabat Tenaga Kerja yang beroperasi di Sarawak. Tarikh penubuhan Pejabat Tenaga Kerja berkenaan adalah seperti berikut:
