KUCHING:Lima buah syarikat di negeri ini dijatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 kerana gagal membayar gaji minimum kepada pekerja pada November tahun ini.

engarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar dalam kenyataannya hari ini berkata  kelima-lima buah syarikat tersebut masing-masing telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret yang berlainan.

"Dua buah syarikat telah dijatuhkan hukuman denda di Mahkamah Majistret Sibu. 

"Salah sebuah syarikat tersebut didenda RM 3,800 atau penjara 1 bulan. 

"Manakala sebuah lagi syarikat dijatuhkan hukuman denda RM 2,000 atau 4 bulan penjara," katanya.

eliau memberitahu bagi prosiding yang dijalankan di Mahkamah Majistret Kuching pula sebuah syarikat dijatuhkan hukuman denda RM9,000.

Selain itu ujarnya syarikat tersebut diarah menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM5,413.92 kepada pekerja yang telah telah membuat tuntutan kes buruh. 

Bagi prosiding yang berlainan di Mahkamah Majistret Bintulu, beliau berkata Majistret Puan Zuraini Ali Musa menjatuhkan hukuman denda RM10,000 kepada sebuah syarikat atas kesalahan melanggar Perintah Gaji Minimum.

Majestret tambahnya turut mengarahkan majikan melangsaikan tunggakan gaji sejumlah RM 6,780.90 kepada sembilan orang pekerja.

"Sementara itu, di dalam prosiding di Mahkamah Majistret Kuching pada 19 November, seorang majikan telah dijatuhkan hukuman denda RM 5,000 atau 5 bulan penjara kerana ingkar perintah Pengarah Tenaga Kerja Sarawak di bawah Seksyen 130C (a) iaitu gagal mematuhi Perintah Borang C Mahkamah Buruh iaitu bayaran baki gaji yang dituntut oleh pengadu kes buruh," jelasnya. 

Awang Raduan menegaskan pendakwaan itu merupakan peringatan dan pengajaran kepada majikan di sektor swasta yang ingkar terhadap Perintah Gaji Minimum dan undang-undang perburuhan di Sarawak.

 

Sumber dari Utusan Borneo Online

Terms & ConditionsPrivacy PolicySecurity PolicyCopyright Notice

©2019 All Right Reserved, Department of Labour Sarawak JTKSWK Portal - Best Viewed 1366x 768 Resolution with Google Chrome and Mozilla Firefox 17.0.1
Last Updated On: 30/07/2021