Keperluan Pengiklanan Kekosongan Jawatan Di MYFutureJobs Bagi Tujuan Permohonan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin 

YB Menteri Sumber Manusia dalam kenyataan media beliau menyatakan bahawa majikan perlu mengiklankan kekosongan jawatan di portal pekerjaan nasional iaitu MYFutureJobs bagi tujuan pengambilan pekerja asing dan penggajian pegawai dagang berkuatkuasa 01 November 2020. Sehubungan itu, majikan di Sarawak perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum mengemukakan permohonan penggajian pekerja bukan pemastautin melalui Monitoring System of Employment of Non Sarawakian (MSEN) .

Mulai 1 November 2020, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak tidak lagi mengendalikan urusan pengiklanan jawatan kosong dan temuduga. Majikan perlu berurusan dengan pihak PERKESO terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan Surat Kelulusan Secara Dasar (AP) dan Lesen Pembaharuan Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin. Antara urusan yang akan dikendalikan oleh pihak PERKESO adalah seperti berikut.

  1. Semakan Deraf Iklan Kekosongan Jawatan;
  2. Pengiklanan Iklan Melalui Surat Khabar;
  3. Pengiklanan Iklan Melalui RTM (Radio);
  4. Pengiklanan portal MYFutureJobs;
  5. Proses Temuduga; dan
  6. Keputusan Temuduga.
Terms & ConditionsPrivacy PolicySecurity PolicyCopyright Notice

©2019 All Right Reserved, Department of Labour Sarawak JTKSWK Portal - Best Viewed 1366x 768 Resolution with Google Chrome and Mozilla Firefox 17.0.1
Last Updated On: 26/04/2024