Hubungi Kami / Contact Us | Soalan Lazim / Frequently asked questions | Aduan/Maklum Balas / Complaints/Feedback | Peta Laman / Site Map

AWANG (berdiri) berbual dengan sukarelawan Program Outreach Imunlsasi Covid-19 Daerah Pendang di Jenun semalam. Perkeso bayar pampasan RM11.2 juta kepada pekerja positif PENDANG - Pertubuhan Ke-selamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan kira-kira RM11.2 juta kepada pekerja tem-patan dan asing yang disahkan positif Covid-19 akibat penu-laran wabak itu di tempat kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pembayaran tersebut melibatkan sebanyak 15.036 kes yang dilaporkan berlaku kepada Perkeso sehingga 18 September lalu. Katanya, pampasan sebanyak RM10.2 juta dibayar kepada pekerja tempatan mem-babitkan 13,170 kes, manakala pembayaran RM1 juta lagi di-lakukan kepada pekerja asing dengan 1,866 kes terlibat. "Bagi faedah pengurusan jenazah yang melibatkan kes kematian pula, Perkeso telah membayar sebanyak RM3.5 juta bagi 1,792 kes membabitkan pekerja tempatan. "Sementara bagi kes kematian melibatkan pekerja asing pula, Perkeso membayar RM3.500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes," katanya pada sidang akh-bar selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Daerah Pendang di Jenun dekat sini semalam. Sementara itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, program outreach itu merupakan usaha kemente-rian untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan pen-duduk di daerah ini yang masih merekodkan peratusan rendah. Dalam pada itu di Melaka, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, 30.1 peratus daripada 2.53 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun telah terima dos per-tama vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk pel^jar sekolah. . Ujarnya, program tersebut berjalan lancar menerusi pem-berian di 687 pusat pemberian vaksin (PPV) awam iaitu sekolah, institusi pengajian tinggi, klinik kerajaan dan balai polis. "4.4 peratus daripada golo-ngan itu juga telah lengkap me-nerima dua dos vaksin," ujarnya..

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Skip to content