Permohonan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin Di Bawah Seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak Bab.76)

Majikan yang ingin menggaji pekerja bukan pemastautin adalah dikehendaki memohon dan memperolehi lesen daripada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. (JTKSWK). JTKSWK akan hanya menerima dan memproses permohonan daripada majikan untuk menggaji pekerja bukan pemastautin yang tergolong di bawah definisi “employee” di bawah Seksyen 2, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Sebelum mengemukakan permohonan, majikan hendaklah memastikan perkara berikut telah dipatuhi:

Hendaklah menghubungi Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat untuk semakan deraf iklan serta menetapkan tarikh temuduga bakal calon yang memohon kekosongan jawatan dan juga mereka yang hadir secara “walk-in”. Majikan hendaklah mengadakan temuduga di PTK pada tarikh yang telah ditetapkan.

Hendaklah mengiklan kekosongan jawatan dalam dua buah suratkhabar tempatan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris selama satu (1) hari iaitu pada hari Ahad berdasarkan format yang ditetapkan. Majikan juga dikehendaki mengiklan kekosongan melalui RTM berdasarkan jadual siaran yang telah dipersetujui. Syarat-syarat dan prosedur yang diperlukan oleh RTM adalah seperti di Garis Panduan (Lampiran 3).

Majikan hendaklah mendaftar jawatan kosong dalam Job Malaysia melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

Majikan hendaklah memastikan pekerja bukan pemastautin yang akan digaji memiliki kelayakan atau pengalaman yang setaraf ataupun lebih baik daripada yang dinyatakan dalam iklan.

JENIS-JENIS PERMOHONAN ;

  1. Kelulusan Secara Dasar (AP)
  2. Lesen Di Bawah AP
  3. Pembaharuan Lesen
  4. Lesen Gantian

Semua permohonan hendaklah dikemukan melalui Monitoring System of Employment of Non Sarawakian (MSEN) dengan menggunakan pautan di www.msen3.sarawak.gov.my


Untuk keterangan lanjut,

Sila berhubung dengan Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat (pautan ke ‘Hubungi kami' – Ibu Pejabat JTK Sarawak & Pejabat Bahagian)


Ketua Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin
Tel : 6082- 242261


<< Kembali