Penyata Bulanan Agensi Pekerjaan Swasta

Sesebuah Agensi Pekerjaan Swasta dikehendaki menghantar penyata bulanan tentang rekod pendaftaran pencari kerja dan penempatan pekerja-pekerja mengikut cara dan tempoh yang ditetapkan melalui arahan bertulis Pengarah Tenaga Kerja.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar dan diterima Jabatan Tenaga Kerja mengikut tempoh yang ditetapkan melalui arahan bertulis Pengarah Tenaga Kerja.

BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN

Jenis borang yang digunakan ialah:

  1. Jadual 1 - Pendaftaran Pencari Kerja Bagi Pekerja Tempatan;

  2. Jadual 1A - Pendaftaran Pencari kerja Bagi Pekerja Dari Semenanjung Malaysia dan Sabah;

  3. Jadual 1b - Pendaftaran Pencari Kerja Bagi Pekerja Asing;

  4. Jadual 2 - Penempatan Mengikut Jantina dan Bangsa Bagi Pekerjaan Tempatan;

  5. Jadual 2A - Penempatan Mengikut Jantina dan Bangsa Bagi Pekerjaan ke Semenanjung Malaysia dan Sabah;

  6. Jadual 2B - Penempatan Mengikut Jantina dan Bangsa Bagi Pekerjaan ke Luar Malaysia; 

  7. Jadual 2C - Penempatan Mengikut Jantina dan Bangsa Bagi Pekerja Asing Di Dalam Malaysia;

  8. Jadual 3 - Daftar Lengkap Penempatan Bagi Pekerjaan Tempatan (Dalam Sarawak);

  9. Jadual 3A - Daftar Lengkap Bagi Pekerjaan Ke Semenanjung Malaysia dan Sabah;

  10. Jadual 3B -  Daftar Lengkap Bagi Pekerjaan Ke Luar Malaysia; dan

  11. Jadual 3C -  Daftar Lengkap Bagi Penempatan Pekerja Asing.

Maklumat lanjut

Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan
Tel: 6082-242261


<< Kembali