Ucapan Aluan

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa antara muka laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) telah diperbaharui bagi memudahkan orang awam melayari dan mendapat maklumat yang berkaitan dengan isu-isu buruh di negeri Sarawak.

Segala maklumat dalam laman web ini telah disusunatur dan dikategorikan dalam lima kumpulan sasaran mengikut peranan, fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disediakan untuk pelanggan khususnya:

  1. Pekerja;
  2. Majikan;
  3. Pencari Kerja;
  4. Agensi Pekerjaan Swasta; dan
  5. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Pengunjung dapat menerokai maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JTK Sarawak seperti berikut :

  1. Membuat tuntutan dan aduan kes buruh;
  2. Permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta;
  3. Permohonan penggajian pekerja bukan pemastautin;
  4. Permohonan permit perburuhan di bawah Ordinan Buruh Sarawak;
  5. Pemeriksaan berkanun;
  6. Laporan pemberhentian pekerja;
  7. Tuntutan pampasan pekerja;
  8. Perkhidmatan pekerjaan (JobsMalaysia);
  9. Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU);
  10. Sistem Penempatan OKU (SPOKU); dan
  11. Lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

JTK Sarawak juga telah menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum 2012 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dan juga Umur Persaraan Minimum 2012 yang berkuatkuasa 1 Julai 2013. Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua-dua akta tersebut serta aktiviti yang akan dijalankan oleh Jabatan melalui hebahan di laman web rasmi Jabatan.

Dengan penyebaran dan perkongsian maklumat di hujung jari melalui laman web rasmi ini diharap dapat membantu melengkapkan pengetahuan perihal perburuhan. Melalui kaedah ini juga menyumbangkan kepada hasrat murni kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan menepati kehendak pelanggan.

Laman web rasmi Jabatan sentiasa dikemaskini bagi menyalurkan maklumat selaras dengan perkembangan global yang terkini.

Sekian.

YBhg. Datu August anak Buma,
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. 

Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel jabatan di jtknsarawak[at]mohr[dot]gov[dot]my.

Pusat Media