Piagam Pelanggan

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggannya seperti berikut:-

  1. Aduan Buruh:
    • Aduan Buruh akan disiasat dan diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh aduan diterima.
  2. Kes Buruh
    • Membicara dan memutuskan setiap kes tuntutan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tuntutan difailkan.
  3. Tuntutan Pampasan Pekerja:
    • Mengeluarkan taksiran pampasan pekerja bagi:-
      1. Kes Hilang Upaya Sementara (HUS)
        • Taksiran dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
      2. Kes Hilang Upaya Separa Kekal dan Hilang Upaya Kekal
        • Taksiran dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
      3. Kes Maut
        • Taksiran dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  4. Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin:
    1. Surat Kelulusan Secara Dasar
      • Mengeluarkan keputusan bagi permohonan Surat Kelulusan Secara Dasar (AP) dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat jawatankuasa lokalisasi.
    2. Lesen Baru dan Gantian
      • Lesen Baru dan Gantian akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
    3. Lesen Pembaharuan
      • Lesen Pembaharuan akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Permit Perburuhan:
    • Permohonan permit perburuhan akan diberi keputusan dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Aduan Awam:
    • Memberi maklumbalas berkaitan aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan lengkap diterima.

Pusat Media