Latarbelakang JTKSWK

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ditubuhkan pada 26 Julai 1960. Di bawah InterGovernmental Committee (IGC) Report 1962, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak bertanggungjawab secara langsung kepada Menteri Sumber Manusia melalui Ketua Setiausaha berkaitan pentadbiran dan hal ehwal perburuhan di Sarawak.

Apabila negeri Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963 maka dengan itu juga Jabatan Tenaga Kerja Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Pejabat-Pejabat Tenaga Kerja ditubuhkan seperti berikut :-

Kuching--------------------------> 1 Januari 1969
Miri-------------------------------> 1 Januari 1972
Sibu------------------------------> 1 Januari 1972
Limbang-------------------------> 1 Januari 1973
Sri Aman------------------------> 1 Januari 1974
Kapit-----------------------------> 1 Januari 1974
Sarikei---------------------------> 5 Ogos 1974
Bintulu---------------------------> 1 Julai 1979
Marudi---------------------------> 1 April 1986
Serian----------------------------> 29 Disember 1989
Bakun----------------------------> 16 Jun 1997
Kota Samarahan----------------> 16 September 2009
Saratok--------------------------> 16 Disember 2009
Lawas----------------------------> 16 Disember 2009
Mukah---------------------------> 4 Januari 2010
JobsMalaysia Centre Kuching--> 25 Januari 2010
Betong 14 Jun 2010

 

Pada 1 Julai 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di Jabatan Tenaga Rakyat telah bergabung dengan Jabatan Buruh Sarawak. Nama Jabatan Buruh telah ditukar kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK).

Struktur hubungan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan Kementerian Sumber Manusia :

  1. Pesuruhjaya Buruh Sarawak diberi kuasa dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian. (Ruj. Inter Governmental Committee Report 1962).
  2. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak adalah sebuah Jabatan antara 9 Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  3. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak bertanggungjawab merancang dan menggubal dasar-dasar serta mentadbir hal-hal perburuhan di Sarawak.