Polisi e-penyertaan

Laman Web JTK Sarawak ditambahbaik untuk menyediakan dasar yang jelas untuk pengguna awam menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di laman web.

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) mengalu-alukan anda ke portal dalam talian. Kami amat menghargai dengan penggunaan alat yang kami sediakan melalui laman web kami. Penyertaan anda amat penting dalam menyumbang pembangunan program dan alat komunikasi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk turut serta dalam proses membangun dan meningkatkan perkhidmatan kami, Laman web Jabatan Tenaga Kerja Sarawak menggunapakai beberapa alat untuk meningkatkan komunikasi , iaitu perbincangan dan  undian pendapat . Di samping itu, laman web ini membolehkan penciptaan laman rasmi di laman rangkaian media sosial seperti facebook.

Oleh itu, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi perkara berikut : 

  1. Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik 
  2. Gunakan bahasa yang sesuai 
  3. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu

Saluran komunikasi :